TAWAU: Polis di daerah ini telah memperkenalkan QR Code Aduan Masyarakat sebagai salah satu strategi Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekang kegiatan jenayah di kawasan itu.
Polis Tawau dalam satu kenyataan berkata, QR Aduan itu juga akan menjadi medium pantas bagi masyarakat melaporkan sebarang kegiatan jenayah, menyalurkan maklumat atau sebarang salah laku yang berlaku di hadapan mereka.
Majlis pelancaran QR Code Aduan Masyarakat Dan Walkabout Bersama Masyarakat itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh di Dewan Terbuka SMJ Taman Semarak Jaya, semalam.
Dalam program itu juga, Champin bersama-sama pegawai-pegawai polis serta tetamu kehormat telah pergi ke kawasan perumahan sekitar Taman Semarak Jaya bagi menyerahkan QR Code Aduan Masyarakat di samping memberikan penerangan dan mempromosikan penggunaan QR Code tersebut kepada masyarakat.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Encik Julaiddy Bin Simon, Penolong Pegawai Perpaduan JPNIN Daerah Tawau, DSP Lee Nyuk Kim, KBPJKK IPD Tawau, pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis IPD Tawau dan IPK Sabah serta warga Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daerah Tawau.