Advertisement

Lelaki Alami Sesak Nafas Semasa Buat Aktiviti ‘Hiking’ Bukit Kopungit – Sabah News





Foto: Ihsan JBPM Sabah

KOTA KINABALU: Seorang lelaki alami sesak nafas ketika sedang melakukan aktiviti mendaki atau ‘Hiking’ di Bukit Kopungit, petang kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.11 petang. 

“Seramai lapan anggota bomba dari BBP Kota Kinabalu telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 4 kilometer dan tiba pada jam 5.17 petang.

“Lapor seorang mangsa lelaki berusia 40 tahun mengalami sesak nafas semasa menjalankan aktiviti mendaki bukit/Hiking di Bukit Kopungit Kota Kinabalu.

“Setelah Pasukan Bomba tiba di puncak bukit pernafasan mangsa kembali normal dan boleh meneruskan perjalanan menuruni bukit.

“Pasukan Bomba kemudian mengiringi mangsa turun ke kaki bukit dan setelah memastikan tiada lagi bahaya lain, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.45 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.