APABILA Parti Warisan hanya berminat bekerjasama dengan PBS & STAR, secara langsung parti itu mengaku, tiada kekuatan di kawasan KDMR, yang juga bermaksud, menarik pengundi KDMR di kawasan bumiputera islam, menyokong calon parti itu. Apabila dapat menarik pengundi KDMR, maka peluang menang tinggi.
• Senario politik Sabah hari ini, di kawasan KDMR, sebahagian besar DUN di sandang PBS & STAR, dan beberapa DUN disandang Gagasan Rakyat. Manakala UPKO dan Warisan masing-masing satu, sementara PKDM dua.
• Di kawasan bumiputera islam, persaingan antara Gagasan Rakyat, Umno dan Warisan amat ketara, sebab itu, pengundi KDMR di kawasan-kawasan tersebut merupakan penentu.
• Secara umum kedudukan parti-parti PBS dan STAR lebih selamat di kawasan masing-masing, manakala Gagasan Rakyat, Umno dan Warisan selamat di kubu masing-masing, ertinya, kerjasama tiga parti tersebut dengan PBS dan STAR, mempunyai peluang menang 37/73 kerusi, untuk membolehkan membentuk kerajaan. Sebenarnya demikian lah percaturan pemimpin parti Warisan, mengapa hanya memilih PBS & STAR.
• Berkaitan pengundi cina, di kawasan kaum itu, apapun bentuk pendekatan, agar sukar menarik mereka daripada parti DAP dan PKR. Pengundi cina, lebih berkiblat pada parti mereka, bukannya politik negeri.
• Pemimpin PBS & STAR mempunyai tiga pilihan, samada berketuakan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Datuk Seri Panglima Shafie Apdal atau Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.
• Jika memilih PBS & STAR memilih Hajiji, maka kekal bersama GRS, jika memilih Shafie, maka bekerjasama dengan Warisan, dan jika Bung, maka kerjasama dengan BN/Umno.
• Seperti kata, Datuk Dr Jeffery, politik itu penuh dengan 1001 kemungkinan.
• Bagi pandangan penulis, walaupun politik itu penuh dengan kemungkinan, senario politik Sabah sejak awal 2023, citarasa atau kecenderungan rakyat Sabah secara umum adalah GRS. Malah rakyat cukup bersedia menyokong gabungan 8 parti itu, dalam bentuk apapun pendekatan, sama ada bergerak solo, atau mempertahankan status quo kerajaan negeri pada hari ini.
• Sebarang perubahan di saat-saat akhir, dan jika bercanggah dengan citarasa dan kecenderungan yang terbina, lebih banyak tanda tanya, berbanding jawapan. Perubahan di saat-saat akhir akan menyebabkan penyokong berdepan dilema, dan akan mempengaruhi pola pengundian.
• Setakat ini, penulis melihat apa kah Gagasan Rakyat, PBS dan STAR tiada niat mengusik kedudukan “the winning formula” atau “the winning team”, atas sebab itu, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dilaporkan sebagai berkata, setakat ini, tiada pihak berminat berkaitan kerjasama antara parti dalam GRS dengan Warisan atau Umno, yang membawa maksud, tidak timbul berkaitan kerjasama, dan kerana itu, tidak timbul sebarang perbincangan.
Tulisan pendapat peribadi – MUSRAM RAKUMAN