Advertisement

KK Mart Dakwa Logo Syarikat Disalahguna Pembekal Sandwic Tidak Halal – Sabah News

ALA LUMPUR: KK Mart hari ini memaklumkan bahawa logonya disalahgunakan oleh pembekal “sandwich ham dan keju” dijual oleh rangkaian itu yang didapati menggunakan logo halal tanpa kebenaran.

Menurut Malaysiakini, KK Mart berkata ia bergantung kepada pembekal Shake and Bake Cafe Sdn Bhd untuk pensijilan halal produk itu.

Ia turut berkata telah membuat laporan polis terhadap syarikat berkenaan dan akan meneruskan tindakan undang-undang.

Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) pula berkata, Bahagian Pengurusan Halalnya menjalankan pemeriksaan produk itu dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) susulan aduan dalam talian.

“Pemeriksaan mendapati produk itu tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan syarikat pengeluar bukan pemegang sijil SPHM.

“Oleh itu, tindakan syarikat mencetak logo halal Malaysia pada label produk merupakan pelanggaran di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730], khususnya Perintah Perihal Dagangan (Pensijilan dan Penandaan Halal) 2011, yang mana tindakan undang-undang telah diambil oleh KPDN,” kata JAKIM.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa KK Mart mengelirukan pengguna dengan “sandwic ham dan keju” selain mempersoalkan bagaimana barangan itu disahkan halal.

Beliau juga telah meminta JAKIM untuk menjelaskan sama ada makanan itu halal seperti yang didakwa.