KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak lelaki 11 tahun yang sedang bermain basikal di tamu dekat Kg Siasai sini tiba-tiba tertusuk besi rim kenderaan tersebut di kakinya pada petang semalam.
Sepasukan lapan petugas Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud bergegas ke lokasi setelah menerima panggilan kecemasan 5.23 petang melalui talian balai.
“Pasukan Bomba bertindak melepaskan rim basikal seterusnya mangsa dibawa ke Hospital menggunakan Ambulas untuk tindakan X-Ray dan rawatan lanjut.
“Sekiranya pihak Hospital memerlukan bantuan lanjut untuk memotong besi tersebut, mereka akan menghubungi pihak Bomba semula,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba.
Operasi kemudian ditamatkan pada pukul 6.30 petang.