Advertisement

Ewon Sumbang 24 Kepala Singa Kepada Pelbagai Kelab Dan Persatuan Cina  – Sabah News

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick meneruskan tradisinya menyampaikan sumbangan kepala singa kepada pelbagai kelab tarian dan persatuan Cina di kawasan Penampang sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang tidak lama lagi akan menjelang tiba.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, pada tahun ini sebanyak 24 kepala singa disumbangkan kepada 14 kelab dan persatuan Cina.

Selain itu katanya, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Penampang (PCCCI) dan Royal Sabah Turf Club turut menyumbangkan empat kepala singa kepada kelab dan persatuan Cina.

“Ini adalah antara usaha kita untuk memulihara warisan budaya masyarakat Cina sebagai masyarakat penting di negara ini agar terus menjadi satu identiti dalam negara kita khususnya di Penampang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas upacara Pembukaan Mata Singa dan Penyerahan Kepala Singa kepada 14 persatuan dan kelab tarian singa, di perkarangan Kuil Foot Tet Kung, Donggongon, di sini, hari ini.

Penerima itu ialah Penampang Fook Tet Kung, Sabah, Persatuan Tarian Naga dan Singa Yun Fatt Sabah, Kelab Tarian Singa Muda Mudi, Persatuan Tarian Singa Nosoob Baru Penampang, Persatuan Kebajikan Cina Sabah, Persatuan Penduduk Rumah Murah Kepayan, Persatuan Unicorn Singa dan Naga Xiong Wu, Persatuan Tarian Singa Subang’s.

Persatuan Taruan Naga dan Singa Long Qi Shi Tuaran, Persatuan Belia Xianglian Malaysia, Kelab Tarian Singa San Sheng (Hong Heck) Gung, Persatuan Tarian Naga dan Singa Thian You Sabah, Persatuan Seni Tarian Singa dan Naga Penampang dan Persatuan Pengurusan Kuil Thain Szu Miao Tamparuli.