Advertisement

Enam PATI Warga Pakistan Dihantar Pulang Dari Depot Tahanan Tawau – Sabah News

TAWAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menghantar pulang enam Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Pakistan dari Depot Tahanan Tawau kategori usir melalui udara ke negara asal, hari ini.

JIM Sabah dalam satu kenyataan berkata, Kesemua PATI berkenaan ditahan atas kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Selain itu mereka juga ditahan atas Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana masuk ke negara ini tanpa Pas atau Permit yang sah selain tinggal lebih masa.

“Semua PATI adalah lelaki dewasa telah menjalani hukuman penjara dan dihantar pulang ke negara asal atas pembiayaan sendiri selepas proses dokumen perjalanan lengkap sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Perjalanan pulang PATI berkenaan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seterusnya ke Lahore, Pakistan.