Advertisement

1,500 CCTV Dilengkapi AI Akan Dipasang di Bandar Kota Kinabalu – Sabah News

Gambar sekadar hiasan…

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 1,500 kamera litar tertutup (CCTV) akan dipasang di kawasan strategik sekitar Kota Kinabalu, termasuk kawasan pantai, jalan tertentu, dan kawasan kediaman berisiko tinggi, dalam fasa pertama projek ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, projek yang sedang dibincangkan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dijangka bermula tahun ini.

Datuk Seri Dr Sabin Samitah…

CCTV yang dilengkapi teknologi Kecerdasan Buatan (AI) akan dihubungkan ke pusat kawalan yang dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama agensi penguatkuasaan lain.

Ia akan membantu mengesan bunyi atau gerakan luar biasa secara automatik, seperti kes kecurian kabel elektrik di Teluk Likas baru-baru ini.

Sabin juga menekankan bahawa pemasangan CCTV penting untuk menjaga keselamatan pelancong asing dan kebersihan bandar.

Selain itu, beliau berkata DBKK akan mengenakan denda RM30 kepada individu yang membuang sampah merata tempat.