Advertisement

Hajiji Serah Sumbangan Limau Mandarin Kepada Masyarakat Tionghua Di Tuaran – Sabah News





TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan
sumbangan kotak limau mandarin kepada masyarakat Tionghua sempena Tahun Baharu Cina, di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chen Sin, di sini, hari ini.

Sempena majlis itu, Ketua Menteri turut menyerahkan kepala singa dan limau mandarin antaranya kepada tokong, persatuan singa, persatuan pesara dan persatuan masyarakat Cina di sekitar daerah Tuaran.

Program anjuran Lions Club Tuaran itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya dan Pengerusi Pelaksana merangkap Presiden Lions Club Tuaran, Kapitan Frankie Goh.