Advertisement

Bas Persiaran Bawa 17 Pelancong Dari China Terbabas Di Sandakan – Sabah News

SANDAKAN: Sebuah bas persiaran milik Syarikat Borneo Tracker yang membawa muatan pelancong dari China seramai 17 orang telah terbabas sendiri dalam kejadian kemalangan di Jalan Lintas Sibuga awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.15 pagi. 

“Terdapat 18 orang mangsa terlibat termasuk pemandu yang merupakan lelaki tempatan berusia 63 tahun dan pemandu dilaporkan mengalami cedera parah. 

“Manakala 17 lagi pelancong yang kesemuanya berasa dari China dan terdiri dari 7 lelaki, 10 perempuan, 13 dewasa, 4 kanak-kanak dan kesemua mangsa alami kecederaan.

“Kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Dutchess of Ken Sandakan oleh orang awam sebelum ketibaan jentera Bomba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pasukan Bomba seterusnya bertindak menjalankan operasi membersihkan tumpahan minyak menggunakan satu aliran salur bantu mula sumber air dari tangki jentera.

Setelaj memastikan keadaaan selamat, operasi seterusnya ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.42 pagi.