Advertisement

25 Keluarga Mangsa Banjir Di Kampung Suasa, Beaufort Dipindahkan Ke PPS – Sabah News

BEAUFORT: Seramai 25 keluarga mangsa banjir di Kampung Suasa dilaporkan telah dipindahkan oleh pasukan bomba ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Selagon pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Mohammad Hasbullah Nenggok berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai bantuan memindahkan mangsa bencana banjir itu pada jam 9.55 pagi. 

“Seramai lapan anggota pasukan bomba dari BBP Beaufort bersama anggota PDRM telah dikejarkan ke lokasi sejauh 29 kilometer dan tiba pada jam 10.20 pagi.

“Operasi pemindahan mangsa banjir dijalankan dengan menggunakan bot orang kampung dan dibantu oleh lori PDRM. 

“Seramai 25 keluarga telah dipindahkan dari kawasan banjir dan dihantar ke PPS Dewan Selagon, Beaufort,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, operasi memindahkan mangsa banjir masih giat dijalankan dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.