KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan bahawa hujan berterusan tahap waspada (Seksyen C) dijangka akan melanda Sabah hingga esok (31 Jan).
MET Malaysia dalam kenyataan berkata, hujan itu dijangka berlaku di kawasan pedalaman negeri ini termasuklah Keningau; Tambunan.
“Seterusnya di Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran); Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod),” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Manakala, hujan lebat tahap buruk (Seksyen B) berterusan turut dijangka berlaku di kawasan Pantai Barat Sabah seperti Ranau dan Kota Belud; Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan); dan Kudat.
Hujan lebat tahap buruk turut dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak seperti, Sri Aman; Bentong; Sarikei (Pakan, Sarikei dan Julai); Sibu (Kanowit); (Kapit (Song dan Kapit); Bintulu (Sebauh) dan Miri (Beluri, Miri dan Marudi).
Amaran hujan berterusan tahap bahaya turut dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak termasuk Kuching; Serian; Samarahan; Sarikei (Meradong); Sibu (Sibu dan Selangau); Mukah; Bintulu (Tatau dan Bintulu); dan Miri (Subis) hingga esok.