Advertisement

Mangsa Banjir Tampar Ketua Kampung, Kecewa Hanya Diberi Lima Bungkus Mi Segera – Sabah News

Kejadian berkenaan berlaku di Dusun Menjalin Tengah. Foto Agensi

PONTIANAK: Seorang mangsa banjir dari Dusun Menjalin Tengah, Kecamatan Menjalin, Kabupaten Landak, bertindak menampar ketua kampung selepas berasa tersinggung dan kecewa apabila hanya diberi lima bungkus mi segera, lapor Sinar Harian.

Kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu, semasa lawatan bantuan mangsa banjir oleh ketua kampung Desa Menjalin ke lokasi berkenaan seterusnya menyampaikan bantuan daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas).

“Beberapa penduduk ketika itu diagih bantuan oleh sukarelawan, bagaimanapun salah seorang mangsa berasa tersinggung dengan pemberian itu kerana disifatkannya sebagai sangat sedikit.

“Terpengaruh emosi, dia bertindak menampar saya dan membuang pemberian kami,” kata ketua kampung berkenaan yang dikenali sebagai Servasius kepada wartawan pada Selasa.

Beliau bagaimanapun dapat mengawal keadaan.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Servasius berkata, sebanyak enam buah kampung terkesan dengan banjir berkenaan.

“Dari malam tadi hujan tanpa henti hingga banyak kawasan dinaiki air,” katanya lagi.