Advertisement

Bomba Bantu Penduduk Kampung Sinokoon Kudat Menyeberang Jalan Dinaiki Air – Sabah News

KUDAT: Seramai 15 penduduk di Kampung Sinokoon, sini, terpaksa mendapatkan bantuan pasukan bomba setelah jalan di kawasan mereka dinaiki air.

Menurut laporan rasmi, Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan pada jam 11:36 pagi Jumaat (31 Jan).

Sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat yang diketuai oleh PBK II Deanly Asoi bergegas ke lokasi sejauh 50 kilometer dengan ketibaan jentera di tempat kejadian pada jam 12:36 tengah hari.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati air melimpah di atas jalan sehingga menghalang penduduk kampung daripada menyeberang. 

“Dengan menggunakan tali penyelamat, anggota bomba berjaya membantu kesemua 15 penduduk menyeberangi jalan dengan selamat.

“Operasi dikawal sepenuhnya sebelum ditamatkan pada jam 2 petang manakala tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden ini,” kata seorang jurucakap agensi.

Operasi melibatkan empat anggota BBP Kudat bersama sebuah jentera jenis Vigo.

“Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati ketika musim hujan dan mengelakkan kawasan yang berisiko banjir bagi memastikan keselamatan diri serta keluarga,” tambahnya.