KOTA KINABALU: Daerah Kota Belud dan daerah Telupid telah mengisytiharkan penamatan bencana banjir dan menutup semua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di kedua daerah ini, hari ini.
Pegawai Daerah Kota Belud merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kota Belud, Peter Jiton berkata, berdasarkan maklumat daripada Agensi Tindak Balas yang membuat tinjauan di lokasi terjejas banjir dan mengambil kira keadaan cuaca yang baik serta paras air yang telah pulih sepenuhnya.
“Adalah diisytiharkan bahawa SEMUA Pusat Pemindahan Sementara (PPS) DITUTUP dan kediaman Penduduk Terjejas Bencana (PTB) adalah selamat untuk didiami.
“Saya mengarahkan agar Kommander Operasi Bencana menyelaraskan kekuatan Anggota, Aset dan Logistik di PKTK untuk operasi penghantaran pulang PTB ke kediaman masing-masing.
“Di kesempatan ini juga, saya meminta jasa baik Agensi Tindak Balas di lapangan untuk menilai sekiranya ada keperluan untuk aktiviti pasca bencana bersepadu dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Manakala, pengisytiharan penamatan bencana bagi daerah Telupid pula telah diumumkan oleh Pegawai Daerah Telupid merangkap, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telupid, Celestine Jetony tepat pada jam 1 petang.