TAWAU: Sebanyak RM1.52 juta telah disumbangkan menerusi program Santuni Komuniti Madani, yang berlangsung selama tiga hari dari 25 hingga 27 Januari di Tawau dan Semporna.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, program tersebut bertujuan membantu komuniti setempat, termasuk penduduk di Pulau Mabul, Semporna dan Tawau, dengan pelbagai bentuk sumbangan.
“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tabung Haji, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Waqaf Malaysia, Yayasan Taqwa MAIWP, serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia bersama agensi lain yang turut serta.
“Kerjasama erat ini menunjukkan keprihatinan kita dalam membantu masyarakat yang memerlukan,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, semalam.