Advertisement

Trump Arah Serangan Udara Di Somalia, Sasar Anggota ISIS Tanpa Cederakan Penduduk Awam – Sabah News

Jelas Trump, anggota kumpulan itu yang disifatkannya sebagai pembunuh, berlindung di gua. – Foto fail/REUTERS

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Sabtu telah mengarahkan serangan udara terhadap seorang perancang serangan kanan kumpulan ISIS dan beberapa anggota lain organisasi itu di Somalia, lapor Astro Awani.

Dalam hantaran di Truth Social, beliau berkata mereka mengancam keselamatan AS dan sekutunya.

Jelasnya, anggota kumpulan itu yang disifatkannya sebagai pembunuh, berlindung di gua.

Oleh itu jelasnya serangan akan memusnahkan gua persembunyian mereka tanpa mencederakan penduduk awam.

Setiausaha Pertahanan, Pete Hegseth, menyatakan serangan pada Sabtu itu dilancarkan di pergunungan Golis.

Penilaian awal menunjukkan beberapa anggota ISISI terbunuh, tanpa sebarang kecederaan terhadap penduduk awam.

Serangan berlaku hanya beberapa hari selepas Interpol mengumumkan penahanan beberapa suspek ahli ISIS di Afrika Timur.

Penangkapan tersebut dibuat di tengah-tengah kebimbangan terhadap kemungkinan kebangkitan semula kumpulan militan itu selepas penggulingan Bashar Al-Assad di Syria.