Memetik BH Online, pada sidang Dewan Rakyat tahun lalu, Dr Dzulkefly berkata KKM menyasarkan untuk melaksanakan transformasi digital kesihatan di setiap fasiliti kesihatan seluruh negara dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang.
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata pelaksanaan transformasi itu menerusi strategi ‘satu individu satu rekod’ akan dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) di setiap fasiliti kesihatan yang terlibat.
Untuk itu, jelasnya pendekatan yang diambil berteraskan strategi ‘reform, relook, recalibrate dan realize’, merangkumi aktiviti konsolidasi unit digital di KKM.
Ia termasuk melihat kembali semua sistem digital di KKM selain menetapkan strategi pendigitalan baharu mengikut arus teknologi terkini serta melaksana dan memantau pelaksanaan yang sudah pun dirancang.
Transformasi kesihatan digital antara fasiliti kerajaan dan swasta juga merupakan tumpuan KKM dalam meningkatkan aksesibiliti, keselamatan dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan kesihatan.