Advertisement

Misi Mencari Lelaki Hilang Ketika Memancing Di Sungai Gayo Diteruskan, Orang Ditemui Bukan Mangsa – Sabah News

Operasi SAR diteruskan mencari mangsa hilang Mokthar Azrin Amat, 30…

RANAU: Operasi mencari dan menyelamat bagi seorang lelaki yang dikhuatiri hilang ketika memancing di Sungai Gayo Nagas Ponulagon, Kampung Paus memasuki hari ketiga hari ini.

Mangsa, Mokthar Azrin Amat, 30, dilaporkan hilang selepas keluar memancing sejak Isnin (3 Februari) lalu.

Menurut keluarganya, beliau sepatutnya pulang pada 9 Februari, namun sehingga 10 Februari masih belum kembali.

“Pencarian awal oleh keluarga menemui motosikal mangsa di lokasi, tetapi mangsa tidak kelihatan.

“Pada hari kedua operasi, seorang individu dijumpai oleh orang awam di puncak bukit, kira-kira 15 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Bagaimanapun, setelah pengecaman oleh ahli keluarga pada 14 Februari, individu tersebut bukanlah Mokthar Azrin,” kata seorang pegawai jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Operasi kemudian ditangguhkan pada jam 6 petang dan disambung semula pagi tadi dengan bantuan pelbagai agensi dan orang awam.

Pasukan Bomba dilaporkan turut membawa individu yang ditemui di puncak bukit keluar dari kawasan tersebut untuk diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menghubungi pihak berkuasa bagi membantu pencarian,” tambahnya.