Advertisement

Demi Maruah Keluarga, Adik Jadi Pengantin, Ganti Kakak Larikan Diri Sebelum Majlis Akad Nikah – Sabah News

SULAWESI, INDONESIA: Demi menjaga maruah keluarga, seorang wanita terpaksa ‘berkorban’ dengan mengambil alih tempat kakaknya yang melarikan diri sehari sebelum majlis akad nikah gara-gara tidak bersetuju dengan jodoh pilihan keluarga, lapor Sinar Harian.

Dalam kejadian di Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan di sini, Iman Handayani terpaksa bersetuju meneruskan majlis perkahwinan itu bersama calon pasangan suami kakaknya, Asdar pada Selasa.

Menurut jiran tetangga hanya mahu dikenali sebagai Ruki, pengantin perempuan berkenaan yang bernama Wilda pada awalnya menentang perkahwinan tersebut, namun akur dengan desakan keluarga.

Bagaimanapun, wanita itu kemudiannya berubah fikiran sehari sebelum majlis akad nikah berlangsung.

“Pada mulanya Wilda menentang perkahwinan tersebut namun atas desakan ibu bapa, dia akhirnya bersetuju,” kata Ruki.

Kejadian tersebut bermula apabila keluarga pengantin lelaki, Asdar datang meminang Wilda yang ketika itu merantau di Kalimantan bersama ibunya.

Namun, apabila pulang ke kampung halamannya di Desa Paitana, Wilda nekad untuk tidak meneruskan akad nikah dan bertindak melarikan diri menjelang hari perkahwinan.

“Sehari sebelum majlis, Wilda sudah menyatakan bahawa dia enggan berkahwin dan terus melarikan diri,” tambah Ruki.