Advertisement

Lelaki Melecur Terlibat Kebakaran Dua Rumah Di Tongod – Sabah News





Foto: Ihsan JBPM Sabah…

TONGOD: Seorang lelaki dilaporkan mengalami kecederaan akibat melecur di bahagian belakang badan selepas terlibat dalam kejadian kebakaran dua buah rumah di Kampung Melikop, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, N.Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 1.44 pagi.

“Seramai 10 anggota dari BBP Kinabatangan dengan bantuan dari BBP Beluran telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 178 kilometer dan tiba pada jam 4.56 pagi. 

“Lapor kebakaran melibatkan dua buah rumah kediaman di mana rumah pertama adalah PPRT jenis kekal berkeluasan 20×30 terbakar 100 peratus, manakala rumah kedua jenis tidak kekal berkeluasan 30×40 turut terbakar 100 peratus. 

“Terdapat seorang mangsa lelaki berusia 40 tahun melecur di bahagian belakang badan dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tiada Tindakan operasi dan pasukan Bomba hanya membuat pemeriksaan dan mendapatkan maklumat kejadian bagi memastikan tiada bahaya lain dan seterusnya operasi ditamatkan pada jam 6.35 pagi.