SANDAKAN: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemukan maut hari ini selepas dilaporkan hilang selama lima hari sejak keluar menangkap udang pada Ahad lalu dalam kejadian di Perairan Tanjung Semawang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus@Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.39 pagi Ahad lalu.
“Lapor mangsa telah dijumpai oleh orang awam pada jam 6.30 pagi di persisir pantai Tanjung Pisau 20 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
“Pasukan Bomba bertindak mengangkat mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.
Menurut pengadu Mangsa pada awalnya keluar menangkap udang pada jam 5.30 pagi Sabtu lalu (15 Feb) hari yang sama bersama rakan yang lain, namun tidak pulang sehingga tengah hari, pengadu keluar mencarinya dan menemui bot mangsa di perairan Tg. Semawang dan menemui topi di atas permukaan laut.