PENAMPANG: Mayat seorang lelaki berusia lingkungan 30 tahun ditemui berhampiran Pantai Gorongon, Kampung Contoh, Petagas, Putatan pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Penampang, Supt. Sammy Newton berkata aduan awam diterima sekitar jam 8.20 pagi.
“Hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah dikesan yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa.
“Mayat tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat.
“Kes ini diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR),” katanya dalam sebuah kenyataan.
Sammy berkata pihak polis kini sedang berusaha mengesan waris mangsa.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Afizul Ag Amin di talian 016-8352006 atau hadir ke balai polis berdekatan.