Advertisement

Proton Wira Musnah Dijilat Api Di Semporna – Sabah News

Foto: Ihsan JBPM Sabah…

SEMPORNA: Sebuah kenderaan jenis Proton Wira musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di Pusat Perkhidmatan Matdrasa pada petang Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Mazlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 2.39 petang. 

“Empat anggota bomba dari BBP Semporna telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 1 kilometer dan tiba pada jam 2.40 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Wira terbakar 100 peratus. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran ini. 

“Kaedah pemadaman digunakan 1 aliran 200 kaki 1 pancutan dari Pump Ziegler sumber air terbuka dan pemadaman berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pemeriksaan lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain wujud dibuat sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.14 petang.