PUTATAN: Semua jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Petagas diminta untuk lebih kerap turun padang dalam menyantuni masyarakat di kawasan itu.
Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Petagas, Mohd Isquzawan Israq Arsit menegaskan perkara tersebut agar semua jentera termasuk sayap Pergerakan Wanita dan Beliawanis sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) Sabah.
“Alhamdulillah pada hari ini saya telah menyempurnakan Kursus Pemantapan Kerja Lapangan bagi sayap parti Wanita dan Beliawanis Gagasan Rakyat yang turut disertai seramai 30 orang peserta.
“Dalam ucapan tadi, saya mahu jentera parti wanita dan beliawanis bersiap sedia menghadapi pilihanraya yang akan tiba tidak lama lagi.
“Selain itu saya juga meminta para ahli khususnya di kawasan Petagas untuk kerap turun padang bagi menyantuni ahli -ahli parti dan masyarakat terutama di kawasan ini,” katanya kepada media Sabtu lalu.
Beliau turut berharap agar kursus yang diadakan itu akan memberi impak yang baik kepada ahli yang menyertai.
Kursus anjuran Gagasan Rakyat Petagas itu disertai sebanyak enam Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan Petagas.
Antaranya Bandar Baru Putatan; Petagas; Tengah Padang; Tembovo; Papason Dan Ulu Putatan.