Advertisement

Ramadhan Dihayati, Keluarga Dihargai: Jelajah Iftar Datuk Dexter Menyentuh Hati – Sabah News

PUTATAN, SABAH – KTC dan UPPM Negeri Sabah, meneruskan Jelajah Iftar 2025 ke destinasi ke-6 di Putatan hari ini. Program ini meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Aru, Petagas dan Tanjung Keramat dengan matlamat menyantuni golongan yang memerlukan.

Majlis Iftar yang berlangsung di Dewan Sri Putatan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya, menyaksikan pengagihan juadah berbuka puasa kepada golongan asnaf, warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal, serta golongan B40. Seramai kira-kira 500 orang hadir, dan 40 orang menerima sumbangan tunai dan bakul makanan daripada UPPM Sabah dan Pusat Khidmat Rakyat P.173 Putatan.

Semasa ditemui pemberita, Datuk Shahelmey berkata, ini adalah salah satu program untuk merapatkan semua UPPM di kawasan Putatan serta agensi-agensi kerajaan di Putatan. Beliau menyeru semua PPM dan pemimpin masyarakat memberi fokus, komitmen, dan dedikasi dalam memberikan perkhidmatan.

Beliau juga memuji penaja Jelajah Iftar 2025, KTC, melaksanakan tanggungjawab sosial korporat menyantuni golongan kurang berkemampuan.

Manakala Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau berkata, “Setakat ini, Jelajah Iftar berjalan lancar. Selepas ini akan memasuki kawasan yang terjejas akibat banjir. Memang terdapat cabaran, tetapi kami yakin dapat mengatasinya. Kami telah merancang bersama UPPM untuk membantu mangsa banjir serta berbuka puasa bersama mereka. Inilah semangat Ramadan — memastikan tiada sesiapa yang tertinggal.”

Datuk Dexter Lau telah menerima pelbagai pengiktirafan atas pencapaian dan sumbangannya dalam dunia perniagaan, termasuk disenaraikan dalam Tatler’s Top 300 (2018) dan 40 individu paling berpengaruh di bawah umur 40 oleh majalah Prestige (2019).

Datuk Dexter Lau…

Beliau kekal sederhana dan rendah hati, berpegang pada nilai keikhlasan serta menghargai usaha gigih datuk dan ayahnya dalam membina perniagaan keluarga.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapanya, Datuk Lau Kok Sing dan Datin Lim Su Chin, atas sokongan, bimbingan dan dorongan yang menjadi asas kejayaannya hari ini.

Turut hadir ialah ADUN Petagas YB Datuk Awang Ahmad Sah, Pengarah UPPM Sabah, Datuk Haji Awang Kadin, Datin Yee Tsai Siew, pemimpin tempatan, pegawai kerajaan tempatan, eksekutif KTC, serta wakil UPPM.