Advertisement

ALBERT TEI DAN JONTIH BERSEKONGKOL? SKANDAL LESEN PERLOMBONGAN SABAH MAKIN PARAH – Sabah News

Ilustrasi yang tular berhubung pendedahan yang dibuat oleh Portal SabahKini2 bertarikh 12 Feb 2025…

KOTA KINABALU, SABAH – Skandal kartel perlombongan di Sabah semakin terdedah apabila fail sulit mengenai kegiatan Albert Tei dan rangkaiannya dibongkar.

Laporan portal SabahKini2 (https://sabahkini2.co/en/news/6836/monopoli-melampau-sprm-perlu-dedah-bagaimana-jontih-beri-kelulusan-palsu-kepada-13-syarikat-milik-kartel-albert-tei/view) bertarikh 12 Feb 2025 mendedahkan bahawa Tei, bersama seorang individu dikenali sebagai Jontih, didakwa bersekongkol dengan tiga pengerusi syarikat untuk menguasai 13 lesen perlombongan mineral di negeri ini.

Sumber mendakwa bahawa kumpulan ini telah menggunakan pelbagai taktik untuk memonopoli industri perlombongan, termasuk penyalahgunaan kuasa dan rangkaian hubungan dalam kerajaan.

Malah, usaha mereka dipercayai mendapat sokongan daripada pihak tertentu yang berpengaruh dalam pentadbiran negeri.

Difahamkan, syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kumpulan ini telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan lesen perlombongan di lokasi-lokasi strategik yang kaya dengan sumber mineral.

Ilustrasi yang tular melalu aplikasi WhatsApp…

Tindakan mereka menimbulkan kebimbangan di kalangan pemain industri tempatan, yang melihatnya sebagai cubaan membolot kekayaan negeri secara tidak adil.

Skandal ini turut menarik perhatian pihak berkuasa, dengan beberapa laporan polis dan aduan rasmi telah dikemukakan.

Rakyat Sabah kini menuntut ketelusan dalam pengeluaran lesen perlombongan dan menggesa kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat yang terlibat dalam kegiatan kartel ini.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pendedahan ini, namun tekanan daripada masyarakat semakin meningkat agar siasatan penuh dijalankan bagi memastikan integriti sektor perlombongan di Sabah terpelihara.