Advertisement

Penunggang Motosikal Cedera Terlibat Kemalangan Babit Motor Dan Lori di Sepanggar – Sabah News

SEPANGGAR: Seorang penunggang motosikal dilaporkan mengalami kecederaan selepas motor ditunggangnya terlibat kemalangan babitkan sebuah lori di hadapan kilang simen industri di sini, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.52 pagi. 

Katanya, seramai empat anggota bomba dari BBP Lintas bersama agensi PDRM dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 18 kilometer.

“Lapor kemalangan melibatkan sebuah lori dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC135.

“Penunggang motosikal, lelaki 34 tahun dilaporkan mengalami kecederaan telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital menaiki Jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Operasi seterusnya ditamatkan pada jam 5 petang.