Advertisement

Buaya Dikesan di Pantai Tanjung Aru, Orang Ramai Diminta Berhati-hati – Sabah News





KOTA KINABALU: Seekor buaya dikesan berada di perairan Pantai Tanjung Aru pagi tadi, menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada orang ramai.

Menurut Petugas Menara Penyelamat Pantai Angkatan Pertahanan Malaysia Kota Kinabalu, laporan mengenai kehadiran reptilia itu diterima sekitar jam 8.15 pagi daripada orang awam yang melihat buaya tersebut di dalam air.

“Sebagai langkah keselamatan, bendera merah telah dinaikkan, dan orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti di air bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Petugas pantai kini menjalankan pemantauan berterusan, dan pihak berkuasa menyeru agar maklumat ini disebarkan bagi memastikan keselamatan semua pengunjung,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.