Advertisement

30 Mac Diwarta Hari Kelepasan Am Sempena Hari Jadi TYT Sabah – Sabah News





KOTA KINABALU: Tarikh 30 Mac diwartakan sebagai hari kelepasan am sempena Hari Jadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baharu.

Perkara itu dinyatakan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong menerusi warta Kerajaan bertarikh 6 Mac lalu.

“Jadual Pemberitahuan Warta No. 221 tahun 2024 yang disiarkan pada 8 Ogos 2024 adalah dipinda dengan menggantikan perkataan ‘Sabtu’ dan ‘4 Oktober’ yang terdapat bersetentangan dengan ‘Hari Jadi TYT Yang di-Pertua Negeri’ dengan perkataan ‘Ahad’ dan ‘30 Mac’ masing-masing,” menurut warta Kerajaan itu di sini.

Tun Musa Aman telah melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu di sini pada 1 Januari lalu.