Advertisement

Sabah Tuan Rumah Konvensyen Pendidikan PGBM 2025 – Sabah News

KOTA KINABALU: Sabah bakal menjadi tuan rumah Konvensyen Pendidikan Ke-29 dan Persidangan Agung Perwakilan Ke-3 Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) 2025 pada 16-18 Julai di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.

Lebih 3,000 peserta, termasuk Guru Besar dari seluruh negara, dijangka hadir bagi membincangkan strategi kepimpinan pendidikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor, dijangka merasmikan acara ini.

Konvensyen ini menawarkan forum, bengkel, serta ceramah oleh pakar pendidikan, dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah.

Malaysia Aviation Group menawarkan diskaun khas tiket penerbangan Malaysia Airlines (hingga 10 peratus) dan Firefly (hingga 15 peratus). Malaysia Hotel Association Sabah Chapter turut menyediakan pilihan penginapan khas.

Peserta juga berpeluang menikmati pakej pelancongan eksklusif di Sabah. Pendaftaran dibuka mulai 10 Mac 2025 melalui Sabah Travel(https://www.sabahtravel.com/sabah-travel-pgbm).