KINABATANGAN: Program Shopping Raya sempena Jelajah Iftar 2025 tajaan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) dengan kerjasama UPPM Sabah telah diadakan di Servay Jaya Kinabatangan, petang tadi.
Seramai 50 kanak-kanak yang terpilih di kawasan Parlimen Kinabatangan dibawa membeli pakaian raya bernilai RM200 setiap seorang sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau berkata, program ini bertujuan untuk memberikan kegembiraan kepada golongan kanak-kanak, serta meringankan beban keluarga kurang berkemampuan.
Datuk Dexter juga bersalaman dan menyampaikan rasa kasih sayang kepada kanak-kanak.
Beliau berkata, ini merupakan salah satu inisiatif KTC untuk memberi kembali kepada komuniti serta memastikan kanak-kanak di Kinabatangan dapat menyambut perayaan dengan penuh keceriaan dan kebahagiaan.
Turut hadir termasuk Pengarah UPPM Sabah Datuk Awang Kadin, pemimpin tempatan, wakil KTC dan pegawai UPPM.