SEPANG: Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri dan perjalanan balik kampung yang bakal bermula, AirAsia ingin mengingatkan semua tetamu yang akan melakukan perjalanan sepanjang musim perayaan ini, khususnya dari 28 Mac hingga 5 April 2025, bagi mematuhi nasihat perjalanan berikut untuk menikmati pengalaman perjalanan lebih lancar.
Berikut antara langkah-langkah yang perlu diikuti dan diselesaikan oleh para penumpang yang pulang melalui pesawat AirAsia.
Daftar masuk secara kendiri melalui aplikasi AirAsia MOVE yang tersedia seawal 14 hari hingga satu jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.
Para tetamu boleh mendaftar masuk secara kendiri mulai sekarang dan mendapatkan pas masuk elektronik untuk penerbangan pada Hari Raya ini mulai 28 March sehingga 5 April 2025.
Muat turun aplikasi AirAsia MOVE melalui Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery bagi mendapatkan informasi terkini mengenai tempahan penerbangan termasuk kemaskini penerbangan melalui pautan ‘Flight Status’ pada aplikasi tersebut.
Perkhidmatan daftar masuk melalui kaunter hanya tersedia untuk tetamu kurang upaya, tetamu yang melakukan perjalanan bersama bayi (di bawah umur 24 bulan), tetamu yang hamil, warga emas dan remaja yang melakukan perjalanan sendirian.
Tetamu yang hamil hendaklah mengisi borang di kaunter sebelum menaiki pesawat. Tetamu yang hamil lebih dari 27 minggu dikehendaki untuk mengemukakan sijil perakuan sah oleh doktor kesihatan.
Para tetamu kurang upaya boleh membuat pra-tempahan Bantuan Khas (Perkhidmatan Kerusi Roda) semasa membuat tempahan penerbangan atau melalui pautan ‘My Booking’ pada aplikasi AirAsia MOVE sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan.
Pra-tempah hidangan di dalam penerbangan sehingga 24 jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan untuk menikmati lebih penjimatan sehingga 23 peratus dan untuk memastikan ianya tersedia serta perkhidmatan diutamakan.
Nikmati menu perayaan istimewa oleh Santan, menampilkan Nasi Tomato Ayam Percik bersama kuih atau karipap dan air minuman dengan harga RM20.90 untuk AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) dan RM26.90 untuk AirAsia X (kod penerbangan D7).
Bagi penerbangan antarabangsa, para tetamu hendaklah memenuhi keperluan perjalanan seperti visa dan transit ke setiap negara yang bakal dituju.
Keperluan ini mungkin berubah dari semasa ke semasa dan para tetamu dinasihatkan untuk menyemak keperluan terkini dengan pihak kedutaan atau konsulat masing-masing.
Aplikasi AirAsia MOVE kini membolehkan anda memuat naik atau mengambil gambar Visa anda dan menerima Pas Masuk lengkap, menjadikan proses menaiki pesawat lebih lancar dan mudah tanpa perlu beratur panjang.
Tiba awal di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal bagi penerbangan domestik dan tiga jam bagi penerbangan antarabangsa untuk melalui proses perjalanan semasa tempoh perjalanan puncak ini.
Kaunter daftar masuk akan ditutup satu jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) dan 45 minit sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan bagi penerbangan domestik di lapangan terbang lain di seluruh Malaysia.
Para tetamu boleh membuat tempahan kenderaan ke/dari lapangan terbang sehingga 24 jam lebih awal dengan AirAsia Ride dalam aplikasi AirAsia MOVE dan nikmati diskaun RM5 dengan kod promosi “FLYRIDE5”.
Guna pas masuk elektronik pada aplikasi AirAsia MOVE untuk menaiki pesawat tanpa perlu mencetak pas masuk fizikal. Pas masuk elektronik ini diterima di kebanyakan lapangan terbang di seluruh dunia, termasuk semua lapangan terbang di Malaysia di mana AirAsia beroperasi.
Guna kiosk tanpa sentuh di lapangan terbang untuk mencetak tag bagasi dan daftar masuk bagasi kendiri. Setelah mendaftar masuk secara kendiri, imbas kod QR pada pas masuk elektronik di kiosk lapangan terbang untuk mencetak tag bagasi dan terus ke kaunter penurunan bagasi kendiri untuk mendaftar masuk bagasi tersebut.
Para tetamu juga boleh menempah elaun bagasi sehingga empat jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan melalui aplikasi AirAsia MOVE.
Pastikan bagasi kabin adalah saiz yang betul. Setiap tetamu hanya dibenarkan satu beg kabin (tidak lebih daripada saiz 56 x 36 x 23cm) dan/atau satu beg laptop ATAU beg tangan ATAU beg kecil di atas pesawat. Jumlah keseluruhan berat yang dibenarkan untuk kedua-dua bagasi kabin harus tidak melebihi 7kg.