TAWAU: Dua mangsa dilaporkan mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan babitkan sebuah kenderaan jenis Proton Saga dan sebuah motosikal di Jalan Kuhara di sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.26 pagi.
Katanya, seramai lapan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 3 kilometer.
“Lapor kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah Motosikal jenis Yamaha LC125.
“Terdapat dua orang mangsa terlibat mengalami cedera ringan dan diberikan rawatan oleh anggota EMRS dan pegawai perubatan.
“Kedua-dua mangsa yang merupakan lelaki masing-masing berusia 33 dan 36 tahun enggan ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi operasi ditamatkan.