Advertisement

Kempen Keselamatan Jalan Raya Tingkat Kesedaran Masyarakat Menjelang Musim Perayaan – Sabah News

PUTATAN: Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena bulan Ramadhan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Negeri Sabah diadakan di Teluk Dumpil, Jalan Meruntum, Putatan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya Sabah,Datuk Ir. Shahelmey Yahya, pagi tadi.

Program anjuran Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai keselamatan jalan raya, khususnya menjelang musim perayaan.

Beliau menekankan kepentingan kepatuhan kepada peraturan jalan raya bagi mengurangkan kadar kemalangan, terutamanya dalam tempoh perjalanan pulang ke kampung halaman.

Turut hadir, Pemb. Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Limus Jury, Pemb. Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Robert Tawik, ADUN N.23 Petagas, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari dan Pegawai Daerah Putatan, Tuan Masawi Hj Salleh.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton menegaskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang akan terus komited untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya terus terpelihara.

Pelbagai inisiatif telah dirangka bagi mempertingkatkan pemantauan yang akan memberi tumpuan kepada aspek pemanduan berhemah, pematuhan had laju serta penguatkuasaan trafik.

Polis Penampang juga menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati, mematuhi undang-undang dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan jauh sempena musim perayaan.