Advertisement

Puspanita CDKK Edar 500 Pek Bubur Lambuk Percuma di KK Sentral Sempena Ramadan 1446 Hijrah – Sabah News

KOTA KINABALU: Bersempena dengan bulan Ramadan 1446H yang penuh keberkatan ini, PUSPANITA Cawangan Daerah Kota Kinabalu (CDKK) telah mengadakan Program Edaran Bubur Lambuk Percuma, bertempat di KK Sentral, pada Jumaat lalu (21 Mac).

Program yang dianjurkan dengan kerjasama DBKK Holdings Sdn. Bhd. (DBKKH) dan Leading Innovative Technologies & Systems (LiTS) ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat, selain menerapkan nilai berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan.

Sesi agihan sebanyak 500 pek bubur lambuk ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.

Beliau turut disertai oleh Puan Hana’aifah Suhaili, Timbalan Pengerusi PUSPANITA CDKK; Encik Jimon Jahim, Pengarah Eksekutif DBKKH Sdn. Bhd., Ketua-ketua Jabatan, DBKK dan DBKKH, serta JK Tertinggi PUSPANITA CDKK.

Menerusi program ini, pek bubur lambuk telah diedarkan kepada kakitangan DBKKH Sdn. Bhd. yang sedang bertugas, penumpang bas yang bertolak ke Keningau, pengusaha-pengusaha Pusat Kraftangan serta orang awam di sekitar KK Sentral.

Sambil mengagihkan pek bubur lambuk, Dato’ Sri Mayor turut meluangkan masa untuk beramah mesra bersama para penumpang di sekitar Terminal Bas KK Sentral dan pengusaha-pengusaha di Pusat Kraftangan KK Sentral.