TAWAU: Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Tawau semasa operasi telah menahan seorang lelaki asing berumur lebih kurang 30 tahun dalam satu operasi yang dijalankan di kawasan Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Tawau.
Polis Tawau dalam satu kenyataan berkata, semasa operasi, suspek yang dalam keadaan mencurigakan dilihat membawa sebuah beg kemudian diperiksa oleh polis.
“Hasil pemeriksaan, polis telah menemui sebanyak 15 paket plastik pelbagai saiz lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis syabu dianggarkan berat 83.43 gram dalam simpanan suspek.
“Suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut dan ujian awal saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati dia negatif dadah,” katanya di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.