KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri menetapkan cuti kelepasan am tambahan bagi Negeri Sabah pada 2 April 2025.
Dalam kenyataan medianya, Hajiji menyatakan pada tahun ini, tarikh ulang tahun rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri jatuh pada hari Ahad, iaitu 30 Mac 2025.
“Maka hari berikutnya akan menjadi cuti kelepasan am,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa sekiranya hari berikutnya juga merupakan hari kelepasan am, maka cuti tambahan akan diberikan pada 2 April 2025 sebagai langkah memastikan rakyat menikmati hari cuti yang secukupnya.
“Keputusan ini selaras dengan Ordinan Hari Kelepasan (Bab 56) dan merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat Sabah,” kata beliau.