Advertisement

KTC Sumbang Hamper Raya Kepada PERKEP IPD KK Sempena Hari Raya Aidilfitri – Sabah News





KOTA KINABALU: Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC), diketuai oleh Pengarah Eksekutif, Datuk Dexter Lau, menyampaikan sumbangan hamper Raya kepada Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu dan PERKEP Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK), pagi tadi, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Program penyerahan sumbangan ini bertujuan untuk merai dan menghargai usaha serta sumbangan anggota-anggota pertubuhan yang terlibat.

Sebanyak 44 unit hamper raya telah diserahkan kepada PERKEP–IPD Kota Kinabalu. Penyerahan ini berlangsung di perkarangan IPD Kota Kinabalu, diterima oleh Pengerusi PERKEP IPD KK, Suziana Mohd Zain.

Datuk Dexter Lau juga menyumbang 44 unit hamper raya kepada PERKEP–IPK bertempat di Rumah PERKEP Kontinjen, kepada Datin Nurhayati Farhana Abdullah, Pengerusi PERKEP IPK Sabah.

Sumbangan ini menggambarkan komitmen KTC dalam menyumbang kembali kepada masyarakat dan menjaga hubungan baik dengan pelbagai pihak dalam komuniti.