Advertisement

KM HAJIJI SERU RAKYAT SABAH KEKAL BERSATU SEMPENA AIDILFITRI – Sabah News

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengajak seluruh rakyat Sabah tidak kira bangsa dan agama untuk sama-sama berusaha ke arah mengekalkan perpaduan dan keharmonian.

“Marilah kita bersama-sama membangunkan negeri ini sekaligus meningkatkan
kesejahteraan rakyat. Bagi pihak kerajaan, kita sentiasa mendengar, memahami
seterusnya bertindak menyelesaikan masalah serta isu yang dihadapi oleh rakyat,” katanya dalam perutusan Hari Raya Aidilfitri 2025.

Ketua Menteri berkata sempena Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, adalah penting untuk
kita mengingati mereka yang kurang bernasib baik.

“Dengan semangat bersedekah dan ihsan yang merupakan salah satu makna Aidilfitri,
marilah kita menghulurkan tangan dengan hati terbuka untuk membantu mereka yang
memerlukan. Semoga kita semua berusaha untuk menyokong satu sama lain,
memperkukuh semangat kemasyarakatan dan perpaduan yang terkandung dalam
perayaan ini.

“Dalam meraikan Hari Raya Aidilfitri, jangan kita lupa untuk bersyukur dengan kekuatan
dan ketabahan kita sepanjang bulan Ramadan.

“Ketika berpuasa dan muhasabah diri ini membawa kita lebih dekat kepada iman,
mengingatkan tentang kepentingan kesabaran, ketabahan, dan pemahaman,” katanya.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri dan keluarga, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya
Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat yang
meraikannya,” tambahnya.