Advertisement

Bayi Lelaki dan Seorang Wanita Maut, Proton Saga Dinaiki Terbabas di Telupid – Sabah News

TELUPID: Seorang bayi lelaki berusia dua bulan dan seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas Proton Saga FLX dinaiki hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dalam kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Telupid pagi tadi.

Bayi dan wanita tersebut merupakan antara tujuh mangsa dalam kemalangan ngeri yang berlaku kira-kira jam 6 pagi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Beluran Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.28 pagi.

Katanya, seramai enam anggota dari BBP Beluran telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 100 kilometer dan tiba pada jam 8.05 pagi.

“Lapor kemalangan melibatkan sebuah kenderaan Proton Saga FLX hilang kawalan lalu terbabas di bahu jalan.

“Terdapat tujuh orang mangsa terlibat termasuk empat orang mangsa dewasa, dua kanak-kanak dan satu bayi.

“Enam orang mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi .

“Manakala seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut menaiki kenderaan PDRM,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Setelah memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 8.30 pagi.