Advertisement

Kanak-Kanak Lelaki 5 Tahun Ditemui Meninggal Dunia, Dipercayai Lemas di Tebing Laut – Sabah News

SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai menjadi antara empat mangsa lemas di tebing laut berhampiran Dewan Masyarakat Bandar Jalan Costel di sini, semalam.

Manakala seorang wanita berusia 29 tahun berjaya ditemui dalam keadaan selamat dan dua lagi mangsa, iaitu lelaki 22 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun masih belum dijumpai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian lemas itu pada jam 1.13 pagi.

Katanya, seramai lima anggota bomba dari BBP Sandakan bersama agensi PDRM, APM dan KKM telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 6 kilometer.

“Seorang mangsa wanita dewasa berjaya diselamatkan oleh orang awam dan mangsa diberi bantuan awal oleh pasukan EMRS Bomna seterusnya telah di hantar ke hospital Sandakan menggunakan jentera EMRS Bomba.

“Seterusnya mangsa kanak-kanak lelaki telah dijumpai oleh pihak Penyelamat pada jam 7.08 pagi tadi dengan jarak 200 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Manakala dua mangsa lagi masih dalam pencarian,” katanya di sini, hari ini.

Maklumat akan dikemas kini dari masa ke semasa.