TAWAU: Seorang lelaki disyaki penagih dadah telah ditahan polis di sekitar bandar ini ketika membuat rutin pemeriksaan rawak, kelmarin.
Polis Tawau dalam satu kenyataan memaklumkan, semasa melaksanakan Ronda Cegah Jenayah (RCJ) di kawasan Kabota Square, anggota polis bertugas telah menahan dan memeriksa seorang lelaki kelihatan mencurigakan.
“Pemeriksaan awal lelaki tersebut tidak menjumpai apa-apa barang salah namun disyaki telah memasukkan dadah kedalam tubuh badan sendiri dengan sengaja.
“Suspek yang berumur lingkungan 24 tahun kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut.
“Saringan awal ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine,” katanya, semalam.
Kes akan disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.