Advertisement

Lelaki Mabuk dan Ancam Rakan Sekerja Ditahan Polis – Sabah News

TAWAU: Seorang lelaki bertindak mengancam rakan sekerjanya ketika dalam keadaan mabuk baru-baru ini telah ditahan polis.

Polis Tawau dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, penahanan tersebut dilaksana oleh sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau Dan Balai Polis Bandar Sri Indah.

“Semasa berada di rumah pekerja, seorang lelaki telah didatangi oleh rakan sekerjanya dalam keadaan mabuk telah mengancam beliau menggunakan senjata tajam. 

“Risau akan keselamatan, mangsa tampil membuat laporan polis di balai.

“Susulan laporan polis tersebut, suspek berjaya dikesan dan ditahan di kawasan tempat kerja. Turut dirampas beberapa bilah parang dan pisau disyaki barang kes berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu lagi, suspek yang juga warga asing berusia 40-an dan barang rampasan seterusnya dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah 506 Kanun Keseksaan.