RANAU: Seorang pendaki, iaitu lelaki berusia 28 tahun yang berasal dari Singapura dilaporkan terjatuh hingga menyebabkan kaki kirinya terseliuh ketika menuruni Gunung Kinabalu, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Mohd Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan untuk membantu menurunkan pendaki di kilometer 8.3, Gunung Kinabalu pada jam 8.30 pagi.
Katanya, seramai enam anggota MoSAR telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 2.3 kilometer.
“Laporan Pasukan PBB MoSAR dan PARK-SAR menerima panggilan kecemasan daripada Malim Gunung terdapat seorang pendaki di bawah jagaan beliau telah terjatuh dan terseliuh di kaki kiri semasa dalam perjalanan turun dari KM8.3 Gunung Kinabalu.
“Mangsa telah diberi rawatan awal dan dibawa turun menuju ke Timpohon Gate dengan menggunakan “Robinson Stretcher”.
Seterusnya mangsa diserahkan kepada Ambulans KKM untuk dihantar ke hospital Ranau bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Operasi seterusnya ditamakan pada jam 5 petang.