KUNAK: Dilaporkan berlaku kemalangan membabitkan dua buah kenderaan, iaitu Proton Saga, Gen-2 dan sebuah motosikal dalam kejadian di Simpang 4, Jalan Lahad Datu – Kunak di sini, kelmarin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak, Mohammad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.59 pagi.
Susulan itu katanya, seramai lima anggota bomba diketuai PBK II KUP Brahim Ismail telah dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 5 kilometer dan tiba pada jam 12.05 tengah hari.
“Lapor kemalangan melibatkan dua buah kerta jenis proton Gen-2 dan Proton Saga serta sebuah motosikal jenis Yamaha lagenda.
“Terdapat tiga orang mangsa terlibat di laporkan mengalami kecederaan termasuk seorang perempuan berusia 46 tahun, lelaki 25 tahun dan seorang lagi lelaki yang maklumatnya tidak dapat diperoleh.
“Dua orang mangsa telah dikeluarkan dan di hantar ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba, manakala seorang mangsa di beri rawatan awal oleh pasukan bomba dan di hantar ke hospital menggunakan jentera EMRS,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Pemeriksaan dijalankan di sekitar kawasan memastikan tiada bahaya lain wujud dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.19 tengah hari.