Advertisement

Mayat Lelaki Ditemui Tergantung Atas Pokok di Pantai ODEC, UMS – Sabah News

KOTA KINABALU: Mayat seorang lelaki ditemui tergantung atas pokok di Pantai Outdoor Development Center (ODEC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) kelmarin.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai bantuan mengambil mayat tersebut pada jam 1.23 petang.

Katanya, seramai tujuh anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi sejauh 16 kilometer dan tiba pada jam 1.40 petang.

“Kawalan balai terima panggilan daripada pihak PDRM mohon bantuan mengambil mayat yang tergantung di atas pokok di kawasan lereng bukit.

“Tindakan pasukan bomba menurunkan mangsa yang tergantung menggunakan tali penyelamat dengan kaedah sistem takal (2:1).

“Mayat seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Operasi seterusnya ditamatkan pada jam 2.55 petang.