Advertisement

Wanita Ditahan Polis, Terlibat Kes Curi Emas Ketika Beraya di Tawau – Sabah News





TAWAU: Polis (PDRM) Tawau berjaya mengesan dan menahan seorang suspek yang terlibat dengan kes curi yang dilaporkan baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Champin Piuh berkata, pihak polis berjaya mengesan seorang wanita berumur 26 tahun di sebuah rumah kayu bertempat di Batu 4 disyaki terlibat dengan kes curi berdasarkan aduan yang diterima.

“Mangsa yang menyedari barang kemas milik isterinya iaitu seutas rantai leher emas telah hilang dari tempat penyimpanan selepas suspek bersama rakannya beredar balik dari rumah mangsa setelah selesai menziarah sempena hari raya dengan segera membuat laporan polis di balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Suspek bersama barang rampasan kemudiannya dibawa balik ke IPD Tawau oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Tawau untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat dibawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.