Advertisement

Kesan Tarif Baharu Trump Menjejaskan Sektor Minyak Sabah – Masidi – Sabah News

KOTA KINABALU: Tarif baharu diperkenalkan Presiden AS, Donald Trump yang menyebabkan penurunan harga minyak sedunia, dijangka memberi impak besar kepada Sabah yang menjana 50 peratus hasil negeri dari sektor minyak dan gas.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, menyifatkan ini sebagai isu global dan menegaskan bahawa negeri perlu menilai semula kerugian yang dijangkakan untuk tahun ini.

“Ini adalah isu besar untuk Malaysia. Saya baru-baru ini berbincang dengan Naib Presiden Kanan Petronas yang turut berpendapat industri minyak dan gas perlu bersedia menghadapi tempoh mencabar,” katanya.

Berikutan kebakaran di Putra Heights minggu ini, Masidi mengingatkan pentingnya industri Sabah, terutama yang bergantung kepada saluran paip gas, untuk menilai semula standard keselamatan domestik.

“Kejadian ini menjadi peringatan mahal untuk kita terus memperbaiki, terutamanya di kawasan padat penduduk,” tambahnya.

Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini telah tarif timbal balik 24 peratus ke atas import dari Malaysia dalam gelombang perang perdagangan global.

Presidennya, Donald Trump pada Rabu mengumumkan gelombang tarif baharu yang belum pernah terjadi sebelum ini ke atas import dari semua negara yang berdagang dengan AS.

Antara tarif timbal balik yang tinggi dikenakan terhadap China sebanyak 34 peratus, Kesatuan Eropah 20 peratus, Vietnam 46 peratus, Sri Lanka 44 peratus, Kemboja 49 peratus, Laos 48 peratus dan Myanmar 44 peratus.