Advertisement

Lima Cedera Dalam Kemalangan Dua Kenderaan di Jalan Batu 9, Sandakan – Sabah News

SANDAKAN: Lima mangsa dilaporkan mengalami kecederaan selepas terlibat dalam kemalangan dua buah kenderaan di Jalan Batu 9 di sini, semalam.

Mangsa terbabit merupakan seorang lelaki berusia 23 tahun dan seorang lelaki lagi berusia 46 tahun, manakala tiga lagi mangsa, iaitu perempuan masing-masing berusia 16 tahun.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Rosemidian@Rosdi Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.12 malam, semalam.

“Lapor kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan, iaitu Isuzu Dmax dan Proton Saga.

“Terdapat lima orang mangsa mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan Bomba.

“Pasukan Bomba membuat pembersihan di kawasan kemalangan dan mengambil maklumat dilokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pagi ini.

Pasukan EMRS dan pihak Ambulans KKM seterusnya memberi rawatan awal sebelum menghantar mangsa ke Hospital Sandakan.

Setelah memastikan tiada lagi bahaya wang wujud operasi ditamatkan pada jam 12.22 pagi hari ini.